Thursday, 30 June 2011

ketulusan cinte seorang lelaki :)

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya dapat di lihat dengan jelas . Hati lelaki yang di anggap keras selama ini , tiba-tiba menjadi selembut kapas . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Namun kaun wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu .

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki mu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati , nyata kamu tidak silap memilih teman hidup . Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar . Berapa beruntungnya kamu . 
Selain itu , jika teman lelaki mu buat hatimu senang dan terhibur , itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu .Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang . Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya . Padanya , sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa tenang dan terhibur .

Jangan kamu anggap teman lelaki mu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat . Ingat , nasihat bermaksud mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah .Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu .Jadi terbukalah mendengar nasihatnya .

Cemburu , satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakkan insan yang bercinta . Namun jika di hayati , cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah . Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu , tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci . Jika kamu setia padanya , tidak salahkan dia cemburu ?

Jika sudah sayang , macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbangakan kehilangannya . Begitu juga jika teman lelaki mu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja . Kalu boleh biarlah ke jinjang pelamin , baru berbaloi !

Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelaki mu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita mengenai lelaki lain di hadapannya . Jangan risau , bukan si dia ingin mengongkong perjalanan hidup mu , tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya . Ini tandanya cintanya amat mendalam terhadap mu .

Ada juga lelaki yang cepat sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang di perkatakan tidak diambil perhatian , lebih lebih lagi dari orang yang di sayangi . Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna bagi kamu .

Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripada mu , Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang . Kalau dia merajuk , sesekali cubalah memujuknya . Jangan pula kamu sangka manjanya mengada-ngada . Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap manchonya kepada seorang lelaki yang berpewatakan manja , hanya untuk orang yang disayanginya sahaja .
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantu mu adalah teman lelaki mu . Tandanya dia tidak ingin melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani masalah . Beruntungnya !
Kamu memberitahunya , yang kamu akan ke sesuatu tempat untuk suatu masa yang agak lama . Tiba-tiba dia menjadi menggelabah dan tidak menentu . Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi dengan kesetiaannya .

Sekiranya teman lelaki mu sentiasa bertanya "Awak masih sayangkan saya ?"  , jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan . Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur . Sebab itulah ,  kalimah tersebut sentiasa di ulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya .

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya , bukan semua lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi seorang perempuan . Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu ? Itu membuktikan cintanya begitu kuat terhadap dirimu .
Ini semua membuktikan bahawa si dia melakukan PENGORBANAN yang terbesar kerana dia lebih mementingkan dirimu berbanding dirinya . Hal ini kerana dia terlampau menyayangi mu . Dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu selesa , bahagia , dan selamat ketika berada di sampingnya .Jadi , HARGAI lah lelaki dan terimalah mereka seadanya .


skype : FateenNabiella

Wednesday, 29 June 2011

tentang lelaki yang perempuan kurang ambil tahu ;)


1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita?

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..?Emm. tengoklah dulu?..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap "direct to the point" dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ?desperate?, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini?

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ?flirting? dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa?yang lain hanya kawan..

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari?maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja?.Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti?

19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

"Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!"

' first time pakai blog ' and ' bufday aku hari nie '

hey guys !
was born is 29 june 2011 , kira nyer hari nie ' hari kewujudan aku lah kan ' sekali terus dengan ' first time pakai blogs ' thanx to my sygs ' BABE BELLA ' dye lah org yng buat blogs aku kuikui :) err
nak story pasal bufday nie , aku happy glerr kowt , yela kan sape tak happy dengan HARI KEWUJUDAN haha ! ramai yng wish my bufday aku .. hehe :) thanx to ' babe bella , hanieza sulaiman , fendi vivac , nadia faliesha , miez MCflurry , tasha asha , nury othman , diera yusof , izat nakai , natasha xender , eiya johari , elis ezani , nad nadra , lisa yulaika , one's daughter , yaya mohamad , bobo luppy , faten amira , ainie syg deyh , bubu rosely ' huh ini je yng mmpu type thanx beacause wish mybufday :) sory kepade sesiapa yng aku ta sebut dlam blog aku nie .. btw thanxalot ..;) penat mahu rest pulak , nati adew mase cye uploud lagi .. hehehe

sykpe : FateenNabiella